Keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand Krisis_politik_Thailand_2008

Pada 2 Disember 2008, penyokong PPP menyekat jalan-jalan menuju ke mahkamah dalam usaha mereka untuk menghalang hakim-hakim daripada menyampaikan keputusan. Mahkamah yang bersidang memutuskan Parti Kuasa Rakyat (PPP) bersalah atas tuduhan penipuan undi sewaktu pilihan raya Disember 2007 dan sekali gus mengharamkan Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat daripada aktif dalam politik untuk tempoh lima tahun. Sembilan hakim yang diketuai Chat Chonlaworn turut mengharamkan dua lagi parti dalam kerajaan campuran, Chart Thai dan Matchima Thippatai.

Penyokong PAD gembira kerana tunjuk perasaan mereka berjaya dan pemimpinnya mengadakan sidang media mengumumkan penamatan semua protes mereka pada 10 pagi waktu tempatan (UTC+7) 3 Disember 2008.

PPP memanggil keputusan ini sebagai "rampasan kuasa kehakiman". Perdana Menteri Somchai Wongsawat yang terbatal kelayakannya dengan keputusan itu meletakkan jawatan dan digantikan oleh Timbalannya Chaovarat Chanweerakul sebagai pemangku sementara.

Pada 15 Disember 2008, Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand yang baru.[12]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...